BELIAN/SEBUTHARGA/JEMPUTAN
 
Belian boleh dibuat di peringkat Ibu Pejabat, Wilayah dan Projek dan hendaklah berdasarkan bajet yang telah diluluskan. 
Proses perolehan secara sebutharga adalah meliputi perkara-perkara berikut :-
 
     i) Mendapatkan sebut harga
     ii) Mengeluarkan Pesanan ‘Purchase Order’ (PO)
 
       i) Mendapatkan Sebut Harga
 
       1. Peringkat yang menerima PR hendaklah menguruskan bekalan barang ini sama ada melalui proses tender atau sebut harga.
 
       2. Pembelian/Perkhidmatan boleh juga dibuat dengan vendor yang terdahulunya telah mendapat kelulusan bagi urusniaganya dengan syarat harga adalah 
           sama atau lebih rendah.
 
       3. Kuantiti permintaan sesuatu barang hendaklah dikumpulkan supaya vendor boleh menawarkan harga yang terbaik semasa mendapatkan sebutharga
           dari mereka.
 
      ii) Mengeluarkan Pesanan Kepada Vendor Menggunakan Borang PO (Purchase Order) / SPK (Surat Perintah Kerja)  

      1. Pesanan barang dari vendor hendaklah menggunakan borang PO dan ditandatangani  oleh pembeli dan pegawai belian.  Rumusan belian hendaklah  
          ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa berdasarkan had kuasa perolehan.

          PO hendaklah dihantar kepada vendor dan juga peringkat yang memohon barang tersebut.  Vendor juga hendaklah  dimaklumkan melalui telefon/fax
          berhubung pesanan ini.
 
      2. Tarikh barang yang dikehendaki hendaklah dinyatakan dalam PO dan dipersetujui oleh vendor.